WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PUTRAJAYA, 8 April 2022 - Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah meluangkan masa bersama-sama penjawat awam dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam yang diadakan di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana pada hari ini.
 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain turut hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.
 
Selepas selesai majlis berbuka puasa, YAB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih bersama hadiran yang hadir.
 
Sesungguhnya, majlis sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang.