WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2022 - Bulan Ramadan yang mulia bakal disambut oleh seluruh umat Islam tidak lama lagi. Justeru, Tabung Ihya' Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat telah dilancarkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM di Masjid Khalid Al-Walid (MKWK) pada hari ini.
 
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain turut hadir menyaksikan majlis pelancaran tersebut.
 
Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan sumber kewangan bagi membiayai program dan aktiviti pengimarahan kerohanian yang dirancang sepanjang bulan Ramadan 2022M/1443H.
 
Semua aktiviti pengimarahan yang akan dilaksanakan di MKWK ini adalah untuk membina sifat ehsan dan taqwa dalam diri setiap warga tentera dan masyarakat awam setempat.
Sesungguhnya, usaha sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang.