KUALA LUMPUR, 1 April 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Kotak Kurma Sempena Bulan Ramadan 1443H untuk warga Markas Tentera Darat bertempat di Badan Kesenian Tentera Darat, pada hari ini.
Terdahulu, majlis pemakaian pangkat bagi anggota Lain-Lain Pangkat Badan Kesenian Tentera Darat, telah diadakan melibatkan kenaikan pangkat bagi seorang Pegawai Waran II, tiga orang kenaikan pangkat Staf Sarjan, enam orang bagi kenaikan ke pangkat Pangkuan Sarjan, seorang kenaikan pangkat Koperal dan 14 orang ke lantikan pangkat Lans Koperal telah disempurnakan oleh Tan Sri PTD.
Kemudiannya, majlis diteruskan dengan acara simbolik penyerahan kotak kurma kepada Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Subari bin Haji Tomo bagi mewakili staf pejabat Ketua Staf Tentera Darat dan dikuti oleh Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah, Markas Tentera Darat.
Acara penyerahan kotak kurma ini adalah acara tahunan bagi diadakan menjelang bulan Bulan Ramadan. Semoga bulan Ramadan kali ini lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhana Wata'ala berbanding tahun-tahun sebelumnya.