WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MELAKA, 24 Mac 2022 - Acara Penutup Eksesais MANTIS Siri 8/2022 telah dilaksanakan di Padang Pavilion, Kem Terendak, Melaka hari ini disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman. Turut sama hadir adalah TYT Wayne Robson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia.
 
Eksesais ini merupakan eksesais tahunan dan bilateral eksesais antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK). Eksesais ini melibatkan pasukan dari 12 Skn RAJD (CBRNe) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK). Eksesais tersebut telah bermula pada 25 Jan 2022 yang lalu.
 
Konsep eksesais ini adalah Operasi Melawan Keganasan dalam situasi ancaman Chemical Biological Radiological Nuclear and Explosive (CBRNe). Terdahulu, latihan akhir eksesais ini pada 18 Mac 2022 yang lalu telah menyaksikan latihan yang telah dilaksanakan berjaya dengan baik dengan penglibatan daripada Trup Tentera Darat (TD) seperti 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 12 Skn RAJD (CBRNe) dan Tim Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Eksesais ini turut juga melibatkan penyertaan dari Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM).
 
Sepanjang pelaksanaan eksesais ini, pelbagai senario telah dilaksanakan untuk menguji tahap kecekapan dan pengetahuan setiap peserta. Mereka semua telah berpeluang melaksanakan latihan di tiga buah lokasi yang berbeza yang mana ia memberikan senario yang berbeza mengikut situasi ancaman kimia, biologi dan radiasi.
 
Manakala bagi penutup eksesais, senario adalah berkonsepkan demonstrasi rampasan bas persiaran oleh pengganas yang mempunyai keupayaan persenjataan kimia dan melibatkan tebusan orang awam.
 
Lebih menarik lagi, ATK turut memberi sumbangan peralatan pengesan CBRNe jenama Gemini kepada 12 Skn RAJD (CBRNe). Serah terima aset diantara Lieutenant Colonel Geoff Matthew Mundy dan Leftenan Kolonel Shaifful Nizam bin Abdul Kholid disaksikan oleh Datuk Seri TPTD.
Eksesais ini telah dilaksanakan selama lapan minggu dan mengikuti SOP Covid-19 yang ketat dimana pegawai dan anggota dari kedua-dua negara dikumpulkan di satu kawasan isolasi dan menjalankan latihan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
 
Eksesais ini juga dapat mengukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Kanada disamping dapat berkongsi pengetahuan, teknologi peralatan dan kepakaran.
 
Kejayaan melaksanakan eksesais bilateral ini adalah sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat dengan penetapan Tonggak Keempat iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan yang memberi penumpuan kepada kerjasama dua hala antarabangsa dan serantau melalui eksesais dan latihan. Uniknya eksesais ini, ianya juga selari dengan Tonggak Kelima iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Malaysia (TDM) Dengan Agensi Awam.