WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RSMTD2
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 - Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), Pegawai Waran I Mohd Pauzi bin Mohd Ali menerima kunjungan hormat daripada Regiment Sergeant Major Singapore Army, Senior Warrant Officer Yeo Keng Hua di Pejabat SMR TD, Wisma Pertahanan hari ini.
 
Kunjungan hormat tersebut diadakan bersempena dengan Regiment Sergeant Major (RSM) Exchange Programme 2022 yang mana ia merupakan salah satu program bilateral yang diadakan secara tahunan diantara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Singapore Army (SA). Program ini melambangkan kerjasama erat yang berterusan di peringkat tertinggi Pegawai Tidak Tauliah (PTT) diantara Tentera Darat kedua-dua buah negara.
 
Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan hubungan kerjasama dan bilateral ketenteraan serta meningkatkan diplomasi pertahanan di antara Malaysia dan Singapura.
 
Sebagai makluman, dengan terlaksananya RSM Exchange Programme 2022, peserta-peserta program turut didedahkan tentang keunikan budaya, rejimental dan persekitaran yang berbeza antara TDM dan SA.
 
Program yang melibatkan SMR dari pelbagai unit dari kedua-dua Tentera Darat ini juga menjadi platform untuk para peserta berkongsi dan bertukar ilmu pengetahuan serta pengalaman masing-masing.
 
RSM Exchange Programme ini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pengukuhan Hubungan Pertahanan" dimana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.