WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
INTELLIGENCE FUSION CENTRE (IFC) TENTERA DARAT BAWA LANDASAN ARMY 4NEXTG
 
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – Keupayaan strategik Tentera Darat Malaysia (TDM) terus dipertingkatkan melalui pengoperasian Intelligence Fusion Centre (IFC) Tentera Darat bertempat di Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain. Ketibaan Tan Sri PTD telah disambut oleh Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah bin Ali.
 
Pembangunan IFC TD ini adalah berpandukan kepada pembangunan keupayaan strategik TD Army 4NextG (2021-2050) dan merupakan antara salah satu daripada lima matlamat keupayaan TD iaitu pengesanan atau ‘detection’.
 
Justeru, TDM akan dilengkapkan keupayaannya dalam ‘Intelligence Surveillance Reconnaisance and Targeting’ (ISRT) dan ‘Information Operation’ (IO). Berdasarkan keupayaan yang sedia ada, segala bentuk ancaman daripada pihak musuh dapat dikesan seawal mungkin dan penyaluran maklumat yang tepat secara ‘real time’ dapat dilaksanakan dengan lebih efisien bagi membantu ketumbukan TDM membuat keputusan dengan tepat pada masa yang diperlukan.
 
Keupayaan pengesanan dan penyaluran maklumat secara berterusan bakal memberikan kelebihan kepada TDM dalam 'Information Dominance', 'Battlespace Awareness', 'Decision Advantage' dan 'Decision Superiority'. Pada masa yang sama, penambahbaikan akan terus dilaksanakan sejajar dengan perkembangan semasa teknologi dan juga ancaman persekitaran semasa.
 
Pembangunan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu; “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.