WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PEMASANGAN JAMBATAN COMPACT BAILEY 200 (CB200) OLEH REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA (RAJD)
 
Pembinaan jambatan sepanjang 30 meter ini bertujuan bagi menggantikan jambatan sedia ada yang telah runtuh pada 27 Februari 2022 disebabkan oleh hujan yang berterusan selama seminggu.
 
Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK RAJD) 2 Div telah diberi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemasangan jambatan ini di mana seramai 5 pegawai dan 64 anggota dari 7 Skn RAJD serta 1 Skn RAJD dengan dibantu oleh 91 Rejimen Bantuan RAJD telah terlibat secara langsung dalam pembinaan jambatan tersebut.
 
Jambatan ini apabila siap kelak akan mampu menampung berat sehingga 50 tan. Kerja pemasangan jambatan ini telah mula dibina pada 12 Mac 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Mac 2022.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat, menepati Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu, “Peningkatkan Hubungan Tentera Darat dengan Awam”, yang memberikan fokus kepada peningkatan hubungan dan kerjasama di antara TDM dan agensi awam.