WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PHNOM PENH, 3 Mac 22 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Permanent Secretary of State for Ministry of National Defence, General Neang Phat di Ministry of National Defence, Cambodia, pada hari ini.
 
Tujuan pelaksanaan kunjungan hormat ini bagi membolehkan Tan Sri PTD berinteraksi dengan kepimpinan Ministry of Defence Cambodia bagi merapatkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua negara khususnya di antara kedua Angkatan Darat. Pertemuan dan perbincangan ringkas ini secara tidak langsung turut membuahkan hasil yang bermakna dalam mengeratkan lagi hubungan pertahanan dalam menjaga keamanan dan kestabilan kedua negara dan rantau ini secara kolektif.
 
Lawatan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu memfokuskan Pengukuhan Hubungan Pertahanan dalam memperkasakan komitmen melindungi kepentingan negara.