WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Cambodia
Kunjungan hormat ini telah membolehkan Tan Sri PTD berinteraksi secara bersemuka dan saling bertukar-tukar pandangan dengan pucuk pimpinan Royal Cambodian Armed Forces itu. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan diplomasi antara kedua-dua negara dalam usaha melindungi kepentingan bersama.
 
Kunjungan hormat ini pastinya telah membuka lembaran baru dalam pengukuhan hubungan kerjasama pertahanan di antara Tentera Darat Malaysia dengan Royal Cambodian Army dan Royal Cambodian Armed Forces.