WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, YBhg Puan Sri Datin Seri' Zainuriah binti Hj Mustapha telah menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Asuhan Kanak-Kanak Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera - Tentera Darat (RKMAT-TD) di Perumahan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT), Bukit Jalil pada hari ini.
 
Secara keseluruhan, terdapat 4 buah taman asuhan bagi RKMAT-TD, Bukit Jalil ini, dimana dua diantaranya telahpun beroperasi. Ia adalah dibawah pentadbiran Jabatan Arah Pendidikan dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Acara diteruskan dengan menandatangani plat perasmian dan memotong riben seterusnya Jemaah Tertinggi BAKAT Darat beramah mesra bersama anak-anak dan ibu bapa TASKA. YBhg Puan Sri turut menyampaikan cenderahati kepada anak-anak TASKA.
 
Seterusnya, Jemaah Tertinggi BAKAT Darat turut beramah mesra bersama anak-anak di Pusat Tuisyen RKMAT-TD yang dilancarkan serentak dengan TASKA RKMAT-TD.
 
Penubuhan TASKA dan pusat tuisyen ini adalah seiring dengan tema Hari Tentera Darat Ke-89 iaitu "Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin" dan sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" iaitu peningkatan kemudahan rkat dan kediaman serta pemerkasaan pendidikan.