WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 –Seramai 4 Pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan 4 Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dianugerahkan sayap penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan pada hari ini.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara di Wisma Pertahanan.
 
Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 62/21 merupakan siri khas kerana hanya terdiri daripada perkhidmatan TDM dan TLDM sahaja. Kursus ini merupakan fasa asas penerbangan untuk pelatih helikopter yang dilaksanakan di Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2), Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah.
 
Terdahulu, kesemua pelatih telah berjaya menamatkan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) di INSPEN 1 kemudian meneruskan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di INSPEN 2 mulai 4 Januari 2021 menggunakan pesawat Eurocopter EC 120B Colibri.
 
Dalam majlis yang sama, Kapten Muhammad Farris Syaza bin Zamri telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Penerbangan Helikopterbterbaikbmanakala Anugerah Pelatih Akademi Terbaik pula dinobatkan kepada Leftenan Mohamad Hanafie bin Mohd Yasir TLDM. Seluruh warga TDM mengucapkan sekalung tahniah kepada kesemua pelatih yang berjaya menamatkan kursus tersebut seterusnya berjaya dilahirkan sebagai juruterbang pesawat tentera yang berkebolehan.