WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PangkatSMRKUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 – Seramai 21 Pegawai Tanpa Tauliah Kanan (PTTK) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran I Tentera Darat yang diadakan di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada hari ini.
 
Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain. Turut hadir Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha.
 
Pemakaian pangkat Pegawai Waran I kepada PTTK oleh Tan Sri PTD melibatkan 9 PTTK daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 4 PTTK Rejimen Renjer Diraja (RRD), seorang PTTK masing-masing daripada Rejimen Sempadan (RS), Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani) (KPA BK), Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) (KPA Pendidikan), Kor Kesihatan Diraja (KKD), dan Kor Risik Diraja (KRD) serta 3 PTTK Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).
 
Dalam ucapannya, Tan Sri PTD telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua PTTK yang telah dinaikkan pangkat. Tan Sri PTD juga mengingatkan agar tanggungjawab yang dipikul dapat dijalankan dengan penuh amanah dan dedikasi disamping mengekalkan sikap integriti, jujur dan ikhlas dalam pelaksanaan tugas. Tan Sri PTD juga menyarankan PTTK untuk memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif selain bertindak sebagai pemudahcara untuk anggota bawahan memahami dan melaksanakan kerja dengan lebih baik.
 
Sesungguhnya, majlis sebegini adalah amat bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada aspek pengukuhan profesionalisme, pemerkasaan jati diri dan pembudayaan integriti serta nilai etika dan moral.
 
Seluruh warga TDM mengucapkan sekalung tahniah kepada PTTK yang dinaikkan pangkat. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat dalam melaksanakan tanggungjawab seharian mempertahankan kedaulatan negara.