WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KetuaACK92KUALA LUMPUR, 14 Februari 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK), Brigedier Jeneral Saharudin bin Harun di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri PTD di atas sokongan kenaikan pangkat ke Brigedier Jeneral dan pelantikan sebagai Ketua 92 ATCK yang berkuatkuasa pada 30 Julai 2021 yang lalu di samping mendapatkan amanat daripada Tan Sri PTD dalam melaksanakan penugasan kelak.
 
Syabas dan tahniah kepada Brigedier Jeneral Saharudin bin Harun di atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Ketua 92 ATCK yang baharu.