WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDBantuanBanjirSgBesiSUNGAI BESI, 28 Januari 2022 – Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Kepada Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Divisyen) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dilangsungkan di Dewan Makan, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari ini.
 
Sumbangan berupa wang tunai dan barangan elektrik serta barang keperluan persekolahan telah disampaikan kepada seramai 90 orang warga TDM di bawah KTJ 4 Divisyen yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Antara barangan sumbangan elektrik yang diterima ialah periuk nasi, peti ais, dapur memasak dan cerek elektrik dan barangan sekolah untuk anak-anak warga TD.
 
Sesungguhnya majlis sebegini juga seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan kualiti hidup, keperluan kebajikan dan kesejahteraan warga anggota TDM.
 
TDM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi dalam memberi bantuan kepada anggota TDM yang terkesan banjir.