WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KAGATRasmi
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah melaksanakan Program PENTARAMA Zikir dan Fikir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2022 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Panglima-Panglima Perkhidmatan lain serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM.
 
Mengambil iktibar atas peristiwa besar yang melanda negara bermula dengan penularan COVID-19 serta musibah banjir baru-baru ini bersesuaian dengan tema yang dibawakan program tersebut pada tahun ini iaitu “Ibrah Di Sebalik Musibah”. Program kerohanian itu telah disampaikan dalam bentuk Kapsul Tausiah iaitu persembahan nasyid serta penyampaian tausiah oleh tetamu jemputan, Ustaz Ilyas Ismail. Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang ujian dan musibah adalah peringatan daripada Allah SWT, menarik minat pelbagai peringkat anggota ATM terhadap program-program kerohanian, mempelbagaikan medium dakwah sesuai dengan keadaan semasa dan menanam budaya zikir dan fikir dalam kehidupan seharian.
 
Antara pengisian program yang disediakan adalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, penyampaian Tausiah oleh Al-Fadhil Ustaz Elyas bin Ismail serta persembahan zikir dan nasyid dari Kumpulan Nasyid Fursan yang ditubuhkan KAGAT sejak 1993 lagi bagi memenuhi keperluan hiburan alternatif Islam khususnya di peringkat ATM. Turut mengiringi persembahan hiburan nasyid dan alunan zikir adalah Kumpulan De’Potera dari Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).
 
Dalam program yang sama, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) telah menyempurnakan pelancaran laman web rasmi KAGAT sebagai medium siber untuk masyarakat memahami peranan dan hala tuju KAGAT. Ia merupakan platform digital kepada proses dan gerak kerja dalam pembentukan kerohanian warga ATM, yang merupakan benteng utama pertahanan negara. Laman web KAGAT juga berupaya berfungsi sebagai medium digital penyampaian wadah ilmu dan dakwah, yang bukan sahaja kepada warga ATM sendiri, malah untuk seluruh umat Islam di Malaysia.
 
Seterusnya, penyampaian cenderahati turut diumumkan oleh BIMB bagi pemenang-pemenang hadiah cabutan Bank Islam sempena Hari ATM ke 88 dan hadiah Kempen Pahlawan Bank Islam 2021 sejurus selepas pelancaran laman web KAGAT tersebut.
 
Sesungguhnya, program sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan kualiti hidup, keperluan kebajikan dan kesejahteraan warga anggota dan juga keluarga TDM.