WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUCHING, 23 Januari 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyantuni dua waris dan seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menghidapi penyakit kritikal di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Penrissen, Kuching, Sarawak pada hari ini.
Lawatan kebajikan pertama yang disantuni oleh Tan Sri PTD adalah anak kepada Sarjan John Serbili Anak Dhim iaitu Adik Johanes Mckenzie. Sarjan John Serbili Anak Dhim berkhidmat di 3 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja, Kem Semenggo, Kuching. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Omar Anak Leman serta dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Joshua Mcklean (14 tahun) dan Johanes Mckenzie (8 tahun).
Adik Johanes Mckenzie telah disahkan menghidapi ‘Sindrom Down’ oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan sejak dilahirkan. Kini, adik Johanes Mckenzie masih menerima rawatan susulan daripada Pakar Kanak-kanak Hospital Umum Sarawak, Kuching setiap 3 bulan sekali.
 
Lawatan kebajikan diteruskan dengan menyantuni anak kepada Koperal Mohd Arif bin Husaini iaitu Adik Nur Aisyah Ayunie. Koperal Mohd Arif Bin Husaini merupakan anggota Kor Perkhidmatan Diraja yang berkhidmat di PALAPES UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Nor Hasanah binti Abdul Nasir serta dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Nur Aisyah Ayunie (7 tahun) dan Mohamad Arriz Haikal (6 tahun).
 
Adik Nur Aisyah Ayunie telah disahkan menghidapi 'Autism' (Speech Disorder) di Hospital Umum Sarawak, Kuching dan masih menerima rawatan susulan di Klinik Petra Jaya dan Hospital Umum Sarawak bagi membolehkan doktor memantau perkembangan kesihatannya.
 
Seterusnya, lawatan kebajikan turut menyantuni Lans Koperal Rockey Anak Tommy dari Rejimen 511 Askar Wataniah, Kem Ria, Kuching, Sarawak. Beliau masih bujang dan kini menetap di bilik bujang Rejimen 511 Askar Wataniah.
 
Lans Koperal Rockey Anak Tommy telah disahkan menghidapi Radang Buah Pinggang (Neprotic Syndrome) sewaktu menghadiri Kursus ‘Combat Medic’ di Kem Terendak pada 27 Oktober 2020 oleh Hospital Melaka dan kini masih menjalani rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak setelah bertukar keluar dari Batalion Kelima Rejimen Sempadan ke Rejimen 511 Askar Wataniah pada 12 Oktober 2021 bagi membolehkan doktor memantau perkembangan kesihatannya.
 
Setiap waris dan anggota yang disantuni telah menerima sumbangan dari Tan Sri PTD berbentuk hamper, barangan harian, sumbangan peribadi dan sumbangan dari Tabung Kebajikan TD bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.
 
Siri lawatan kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan kualiti hidup, keperluan kebajikan dan kesejahteraan warga anggota dan juga veteran ATM.