WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDDS1KUALA PILAH, 14 Januari 2022 – Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, yang membawa gelaran Dato’ Seri, pada hari ini.
 
Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus yang diadakan Sempena Hari Keputeraan Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah dilangsungkan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Tan Sri PTD di atas pengurniaan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) tersebut. Sesungguhnya, pengurniaan ini menunjukkan pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus di atas kecemerlangan dan sumbangan bakti tampuk kepimpinan TDM.
 
Pengurniaan ini juga didapati sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke–28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan hubungan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.
 
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.