WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BakatBanjir
 
KUANTAN, 3 Januari 2021 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) menunjukkan keprihatinannya menerusi Lawatan Kebajikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terkesan dengan musibah banjir bertempat di Dewan Indera, Desa Tentera Darat Sungai Panching, Kuantan Pahang pada hari ini.
 
Lawatan Puan Sri adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada 172 warga TDM yang terkesan akibat musibah banjir demi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang kehilangan harta benda selepas kediaman mereka ditenggelami air banjir.
 
Sesungguhnya, lawatan kebajikan sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan kualiti hidup, keperluan kebajikan dan kesejahteraan warga anggota dan juga keluarga TDM.