WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KluangBanjir
KLUANG, 3 Januari 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kluang, Johor hari ini.
 
Program dimulakan dengan lawatan YB Menteri Kanan Pertahanan ke PPS Kampung Muhibbah Paloh, Kluang. Beliau telah diberikan taklimat oleh Ketua Kompeni Alpha, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu (5 RAMD) di Kluang iaitu Kapten Shahril bin Sanen. YB Menteri Kanan Pertahanan turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di sana. Tidak hanya PPS Kampung Muhibbah Paloh, YB Menteri Kanan Pertahanan turut meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Batu 4.
 
Bagi meringankan bebanan, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
 
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah banjir adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.