WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 30 Disember 2021 – Keprihatinan United Arab Emirates (UAE) di atas bencana banjir besar yang menimpa Malaysia, telah dizahirkan menerusi Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir United Arab Emirates (UAE) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada hari ini.
 
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah dilangsungkan di Wisma Perwira ATM itu, turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha.
 
Penyerahan simbolik sumbangan oleh United Arab Emirates (UAE) itu telah disampaikan oleh Duta United Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Khalid Ghanim Alghaith, kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
 
Sumbangan ini akan diagihkan kepada warga ATM yang terkesan dengan musibah banjir di beberapa negeri baru-baru ini. Antara barangan sumbangan yang diterima ialah sejadah, naskah Al-Quran, telekung, barangan dapur, ‘hygiene kit’, cadar dan tilam.
 
Warga Tentera Darat Malaysia amat menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh United Arab Emirates (UAE). Ia juga menandakan hubungan baik di antara kedua negara yang sedia terjalin.
 
Sesungguhnya majlis sebegini juga selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.