WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Bakti2
KUANTAN, 23 Disember 2021 - Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bersama Panglima 4 Briged (4 Bgd) Mekanize, Brigedier Jeneral Dato' Zahari Mohd Ariffin turut meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sek Keb Bunut Rendang, Kuantan pada hari ini.
 
PPS ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarat Kuantan dan dibantu bersama Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD) Mekanize yang menempatkan lebih 450 mangsa banjir di sekitar kawasan ini.
 
Bakti1TDM melalui 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 Komp KPD) Mekanize turut diaturgerak untuk membantu menyediakan makanan sehingga 800 pax setiap masa bagi menampung keperluan di PPS dan juga beberapa penduduk sekitar yang terjejas banjir.
 
Misi bantuan kemanusiaan akan terus dilaksanakan bersama agensi-agensi lain demi kebajikan membantu mangsa banjir yang terjejas.