WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BanjirLangat1
HULU LANGAT, 21 Disember 2021 - Trup Tentera Darat melalui Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) telah membantu dalam proses pengagihan bantuan keperluan makanan. Agihan bantuan dibawa dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sungai Serai untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS SRA Dusun Nanding di Sungai Lui. Bantuan juga diagihkan kepada penduduk kampung yang masih berada di kediaman masing-masing, pada hari ini.
 
BanjirLangat3
 
Penghantaran bantuan keperluan makanan adalah sangat diperlukan ketika ini memandangkan beberapa jalan perhubungan masih lagi terputus. Tambahan pula, kedai-kedai di kawasan terjejas turut tidak beroperasi akibat bencana banjir.
 
BanjirLangat2Bantuan kemanusiaan seperti pengagihan bekalan makanan sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.