WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
TemuiBanjir1
 
NEGERI SEMBILAN: Seramai dua pegawai dan 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) diaturgerak membantu mangsa banjir di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu pada 20 Dis 2021.
 
Terdahulu, beberapa anggota tentera menemui tiga orang awam yang sedang mencari bekalan makanan pada jam 1115.
 
Susulan daripada itu, satu kumpulan tinjau diaturgerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan.
 
TemuiBanjir2Kumpulan tinjau akhirnya berjaya menemui 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan sejak dilanda banjir dua hari yang lepas.
 
Bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan seterusnya dibawa masuk ke Taman Negeri Kenaboi bagi membantu mangsa yang terlibat.
 
Seramai 31 orang bersetuju untuk dibawa keluar dan ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan, manakala baki 19 orang yang enggan keluar telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.
 
Gerakan mencari dan menyelamat seperti ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.
 
Sumber: Markas Briged Pertama Infantri Malaysia