WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG MENCEMAR DULI MELAWAT PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
 
AGONGBANJIR1
KUANTAN, 20 Disember 21 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Wisma Belia, PPS Dewan Paya Besar dan PPS SMK Sungai Isap, pada hari ini.
 
BANJIRAGONG2Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustain Billah Shah.
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.
 
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa untuk menyantuni dan beramah mesra serta mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di ketiga-tiga PPS tersebut. Adalah diharapkan dengan kurniaan ini ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
 
Menjunjung Kasih Tuanku.