WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BanjirMasak1
PAHANG : 20 Disember 2021, Trup Tentera Darat melalui Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) sentiasa bersedia menghulurkan apa jua bantuan dengan membantu Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia bagi bantuan memasak dan menyediakan sajian untuk 1000 orang mangsa banjir di PPS berkenaan.
 
BanjirMasak2TDM sentiasa komited melalui aturgerak trup dalam memberikan bantuan kemanusiaan bersama agensi-agensi lain yang terlibat demi kebajikan membantu mangsa banjir yang terjejas. Bantuan kemanusiaan TDM adalah selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.