WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
OpBanjir1
PAHANG : 20 Disember 2021, Trup Tentera Darat melalui Batalion Ke-7 Rejimen Renjer Diraja (7 RRD) yang berpangkalan di Mentakab, telah di aturgerak untuk membantu masyarakat setempat yang terjejas banjir di Perkampungan Orang Asli Kampung Sementeh, Lanchang. Bantuan aturgerak trup adalah untuk memberikan bantuan kepada agensi-agensi pusat yang lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara.
 
TDM sentiasa siap siaga bagi memberikan bantuan kemanusiaan sebegini yang seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.