WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Banjir1
DENGKIL, 19 Disember 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) dalam Op MURNI telah diatur gerakkan untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di sekitar kawasan Taman Mutiara, Dengkil.
 
Bantuan banjir tersebut melibatkan anggota dan aset TDM melalui Kem 11 Bgd, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Sepang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Sepang dan penduduk setempat telah membantu dalam pemindahan mangsa-mangsa banjir dan barangan-barangan penting ke kawasan perpindahan yang selamat.
 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan satu organisasi yang berkemampuan memberikan bantuan kepada agensi-agensi pusat yang lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Antara bantuan yang boleh diberikan oleh ATM ialah melaksanakan MOOTW seperti bantuan kemanusiaan semasa bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief, HADR).
 
Bantuan kemanusiaan sebegini ini adalah seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.
 
Banjir2