WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDUndi1
SARAWAK, 14 Disember 2021 – Seramai 12,585 anggota tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, pada hari ini.
 
Turut sama melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada kali ini ialah Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain beserta isteri beliau, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha. Tan Sri PTD dan Puan Sri telah melaksanakan proses membuang undi bagi DUN N17 Stakan yang dilaksanakan di Kem Muara Tuang.
 
DUN N17 Stakan menyaksikan seramai 4,838 pengundi dari kalangan warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan. Dua buah pusat membuang undi disediakan iaitu di Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang melibatkan seramai 2,321 pengundi dan Dewan Bukavu, Kem Penrissen seramai 2,517 pengundi.
 
Untuk rekod, proses pengundian awal pada hari ini dilaksanakan di 16 buah pusat mengundi di seluruh Sarawak, melibatkan 11 DUN. Selain N17 Stakan, turut terlibat ialah N2 Tasik Biru, N3 Tanjung Datu, N10 Pending, N12 Kota Sentosa, N16 Muara Tuang, N31 Bukit Begunan, N52 Dudong, N55 Nangka, N70 Samalaju dan N72 Lambir.
 
PTDUndi2
 
Pelaksanaan proses membuang undi pada hari ini berjalan dengan lancar dengan pematuhan kepada penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan merekodkan kehadiran, telah dilaksanakan dengan sewajarnya melalui garis panduan pencegahan COVID 19 yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selain dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.
 
TDM akan terus menjunjung proses demokrasi bagi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan yang akan membolehkan keharmonian dan keamanan terus dinikmati.