WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 

 
"Galeri ini panglima-panglimaku,
Terhimpun rapi susur galur perjuanganmu,
Rakaman sejarah akan penat lelahmu dulu,
Sebagai iktibar penentu arah generasi baru."
 
Antara intipati bait-bait sajak ini adalah menzahirkan sumpah dan janji untuk meneruskan amanah dan menjaga legasi Tentera Darat Malaysia yang diwariskan oleh mantan-mantan Panglima Tentera Darat.
 
Sesungguhnya Tentera Darat Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada mantan-mantan Panglima Tentera Darat, waris dan wakil yang hadir dalam menjayakan Majlis Perasmian Galeri Panglima Tentera Darat.
 
Sajak ini telah dideklamasikan oleh Panglima Tentera Darat Ke-28, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain pada 13 Disember 2021 di Muzium Tentera Darat, Port Dickson pada hari ini.