WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 GaleriPTD1
PORT DICKSON, 13 Disember 2021 – Galeri Panglima Tentera Darat (PTD), yang mempamerkan biografi dan menghimpunkan koleksi peribadi seramai 28 orang PTD, dilancarkan pada hari ini.
 
Galeri yang bakal dibuka untuk kunjungan warga tentera dan awam, bertempat di Muzium Tentera Darat (Muzium TD) ini, telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain. Majlis perasmian turut disaksikan oleh 14 orang mantan PTD serta 11 orang waris dan wakil mantan PTD.
 
Penubuhan Galeri PTD ini telah diilhamkan oleh Jeneral Tan Sri Raja Mohammed Affandi bin Raja Mohammed Noor, PTD Ke-25 pada tahun 2014 yang lalu.
 
Objektif penubuhannya bertujuan mempamerkan koleksi peribadi PTD Pertama sehingga PTD Ke-28, sebagai tatapan serta rujukan buat generasi akan datang. Selain itu, galeri ini juga adalah satu bentuk penghargaan dari Tentera Darat Malaysia (TDM) kepada mantan-mantan PTD di atas segala pengorbanan serta sumbangan yang telah diabadikan kepada TDM di sepanjang perkhidmatan mereka.
 
Ketika ini, Galeri PTD ini mempamerkan koleksi peribadi 28 orang PTD antaranya Watikah Perlantikan, Tongkat Kuasa, Pingat dan Darjah Kebesaran yang diterima serta pelbagai koleksi peribadi yang disumbangkan oleh mantan -mantan PTD.
 
GaleriPTD2
 
Tan Sri PTD di dalam ucapan perasmiannya, berharap agar penubuhan galeri ini mampu dimanfaatkan oleh warga TDM serta masyarakat awam, dalam usaha untuk menghayati segala pengalaman dan jasa bakti yang telah ditaburkan oleh kesemua mantan PTD ini. Perasmian Galeri ini juga akan menjadi sebuah catatan sejarah, apabila Tan Sri PTD telah mendeklamasikan sajak bertajuk ‘’Panglima-Panglimaku’’. Sajak ini akan diarkibkan di Muzium Tentera Darat.
 
Di kesempatan ini, Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kesudian mantan-mantan PTD serta waris mereka, meluangkan masa menghadiri majlis istimewa ini.
 
TDM juga berharap agar segala koleksi-koleksi ini akan mampu diangkat sebagai satu sumber rujukan sejarah serta bahan ilmiah di masa akan datang.
 
Sesungguhnya, perasmian galeri ini amat bertepatan selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan.