WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ProgramAspirasi2
 
KUALA LUMPUR, 9 Disember 2021 – Program Hari Terbuka 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari ini.
 
Turut hadir sama Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.
 
Program Hari Terbuka 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia akan berlangsung selama empat hari iaitu bermula pada 9 hingga 12 Disember 2021. Pameran daripada setiap kementerian dan agensi kerajaan merupakan salah satu ruang yang disediakan bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai yang mengunjungi Program Hari Terbuka. Ianyanya sebagai satu pernyataan rasmi berkaitan pencapaian prestasi kesemua kementerian dan agensi kerajaan untuk tempoh 100 hari pentadbiran.
 
ProgramAspirasi1
 
Di antara aktiviti-aktiviti dan ruang pameran yang menarik yang didapati dan dikunjungi dalam Program Hari Terbuka ini adalah seperti Persembahan Kebudayaan, Malam Aspirasi Seni, Pameran dan Jualan Usahawan, E-Sport Championship, Program Bantuan, Business Matching, I’m Youth, Jom Masuk IPT, Diskaun Saman dan Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) juga turut bersama bagi menyokong inisiatif dan usaha Kerajaan Malaysia khususnya Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia dengan membuka ruang pameran bagi mempromosikan kerjaya ATM dan juga bagi memberi peluang kepada pengunjung yang singgah untuk mengenali aset-aset yang dimiliki oleh TDM serta secara tidak langsung menggalakkan masyarakat yang berminat dengan kempen ‘Jom Masuk Tentera’.
 
Sesungguhnya, TDM sentiasa komited dalam mendukung Aspirasi Keluarga Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang makmur dan harmoni. Program sebegini juga sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.
 
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Program Hari Terbuka 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.