WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
AspirasiMINDEF1
 
SUNGAI BESI, 9 Disember 2021 – Aksi persembahan daripada Tentera Darat Malaysia dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pentadbiran Menteri Kanan Pertahanan Peringkat Kementerian Pertahanan antara sebahagian pengisian aktiviti yang dilaksanakan bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada hari ini.
 
Acara perbarisan melibatkan seramai 47 pegawai dan 968 anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Fuad bin Md Ghazali menyaksikan ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang utuh demi mendukung Aspirasi Keluarga Malaysia Kementerian Pertahanan. Perbarisan ini dilaksanakan berkonsepkan perbarisan tempur yang melibatkan lapan detasmen daripada Detasmen Tentera Darat Malaysia, Detasmen Tentera Laut Diraja Malaysia dan Detasmen Tentera Udara Diraja Malaysia. Perbarisan turut menyaksikan terbang lintas tiga (3) buah helikopter ATM yang membawa bendera TDM, TLDM dan TUDM.
 
Sambutan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pentadbiran Menteri Kanan Pertahanan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai menzahirkan inisiatif tentang pembuktian pencapaian prestasi Kementerian Pertahanan untuk tempoh selama 100 hari pentadbiran.
 
Turut hadir ke program tersebut, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan wakil Panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.
 
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dalam ucapannya memberi penekanan bahawa pencapaian Kementerian Pertahanan adalah berdasarkan 6 Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari MINDEF seperti memerangi COVID-19, kawalan sempadan, hubungan antarabangsa, perumahan ATM, kebajikan Veteran ATM dan pelaksanaan Program Jiwa Murni (PJM).
 
Menerusi 6 aspirasi yang diberi penumpuan utama, terdapat 15 inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan antaranya ialah penubuhan Hospital Medan ATM, mengadakan kemudahan Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu di dalam kem-kem dan pangkalan-pangkalan ATM, atur gerak ‘Combat Medic Vaccination Team' (CMVT) ke kawasan pedalaman, Op BENTENG, penubuhan Pos Kawalan Sempadan yang baharu, penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ‘Five Power Defence Arrangement’ (FPDA), pembinaan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT), pelancaran platform 'MyVeteranMall', pengagihan bantuan seperti 'Bakul Makanan' dan pelaksanakan projek-projek pembinaan rumah baru serta kerja baik pulih rumah antaranya melibatkan dua buah dewan serta surau yang telah sempurna 100 peratus projeknya.
 
Program ini yang berlangsung turut menyaksikan Menteri Kanan Pertahanan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan ATM atau lebih dikenali sebagai Frontliner ATM. Sijil Penghargaan telah disampaikan kepada 13 anggota ATM yang terpilih sebagai pengikirafan khas di atas jasa dan bakti serta pengorbanan mereka dalam memerangi pandemik COVID-19. Justeru, kejayaan penugasan para Petugas Barisan Hadapan ATM secara keseluruhannya telah dapat membantu Kerajaan Malaysia melalui penglibatan dalam penugasan seperti rondaan Tim Pematuhan, rondaan 'Mobile Patrol Vehicle', Op IMUNISASI, Program Vaksinasi, Sekatan Jalan Raya (SJR), Hospital Medan ATM, 'Disaster Management Zone', 'Combat Medic Vaccination Team', 'Greater Klang Valley Task Force', Projek Jiwa Murni (PJM) dan penghantaran bantuan bekalan perubatan.
 
Sesungguhnya, TDM sentiasa komited dan mendukung setiap usaha dan inisiatif daripada Kementerian Pertahanan dalam menjayakan Aspirasi Keluarga Malaysia. Program sebegini juga sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu 'Pelestarian Kesejahteraan Warga' yang menekankan keperluan kebajikan, kesejahteraan warga dan keluarga TDM.