WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MPAT1
PUTRAJAYA, 8 Disember 2021 – Seramai 80 orang pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menamatkan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 50/2021, pada hari ini.
 
Mereka merupakan sebahagian daripada 163 penuntut KPSM Siri 50/2021 yang diraikan di dalam Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Siri 50/2021, yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM. Majlis tersebut dilangsungkan di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
 
Kursus KPSM Siri 50/2021 yang bermula sejak 4 Januari 2021 yang lalu, turut dihadiri oleh 23 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 22 orang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), seorang pegawai masing-masing daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seramai 36 orang pegawai daripada luar negara.
 
Sebagai rekod, Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma KPSM Tahun 2021 ini merupakan kali kedua ianya diadakan di PUSPAHANAS sejak Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) berpindah ke lokasi baharu ini pada 31 Januari 2020.
MPAT2
Majlis Graduasi pada tahun ini juga menjadi lebih bermakna apabila ia turut disambut sempena Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan MTAT. Pelancaran Logo Jubli Emas Sempena 50 Tahun Penubuhan MTAT, telah disempurnakan oleh Tan Sri PAT pada 29 Mac 2021 yang lalu.
 
Tan Sri PAT di dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penuntut kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus walaupun menghadapi pelbagai cabaran khususnya dalam situasi pandemik wabak COVID-19. Tan Sri PAT juga berkeyakinan bahawa semua penuntut kursus ini telah bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang, khususnya di dalam dunia ketenteraan yang melibatkan ‘Hybrid Warfare’. Ini termasuklah juga Peperangan Siber, yang kini menjadi antara faktor utama dalam perubahan karakteristik dan sifat sesuatu konflik.
 
Sesungguhnya, pelaksanaan kursus seumpama ini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu "Keutuhan Organisasi" yang menumpukan kepada pengukuhan profesionalisme dan pembangunan kerjaya dalam kalangan pegawai TDM.