WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
DSA 2
KUALA LUMPUR, 29 November 2021 – Kerajaan Malaysia telah membuat ketetapan untuk meneruskan penganjuran Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) bagi Tahun 2022.
 
Sehubungan itu, Jawatankuasa Induk bagi kedua-dua acara tersebut telah bersidang buat kali kedua bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada hari ini.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Turut sama hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Mesyuarat kali ini membincangkan berkenaan pelaksanaan kedua-dua acara iaitu DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022, yang dijadualkan pada 28 hingga 31 Mac 2022 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.
 
Untuk rekod, DSA 2022 merupakan edisi ke-17 penganjurannya. Sementara itu, NATSEC Asia merupakan satu segmen yang baharu kali kedua diperkenalkan di dalam DSA, yang tampil dengan bertujuan untuk memperkukuhkan penglibatan Sektor Keselamatan dan Penguatkuasaan.
 
DSA 1DSA dan NATSEC Asia 2022, akan dilaksanakan mengikut norma baharu. Kedua-dua acara akan dilangsungkan secara “hybrid” dan akan turut dilengkapi dengan aplikasi secara maya sebagai kemudahan kepada pelawat dan tetamu, samada dari dalam mahupun luar negara yang tidak dapat menghadiri kedua-dua acara tersebut secara fizikal.
 
Warga Tentera Darat Malaysia berharap agar perancangan untuk penganjuran DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 ini akan dapat direalisasikan dan dilangsungkan dengan jayanya.
 
Sesungguhnya mesyuarat sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan kompetensi warga dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bidang ketenteraan dan bidang professional.