WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PGAT 1
KUALA LUMPUR, 29 November 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, berkenan untuk menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2021, di Balairung Seri Istana Negara, pada hari ini.
 
Turut berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
 
Istiadat Pengurniaaan DKAT pada hari ini melibatkan seramai 210 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, mendahului senarai penerima pingat apabila dikurniakan pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT). Pingat PGAT dianugerahkan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Pegawai-Pegawai Tentera Asing yang mempunyai kedudukan yang setaraf juga layak menerima secara Kehormat.
 
Turut dikurniakan PGAT ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.
 
Sementara itu, seramai 31 Pegawai Kanan ATM dikurniakan pingat Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), 56 orang dikurniakan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 67 orang menerima pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 51 orang menerima pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT).
Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakkan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan ATM. Sebanyak lima (5) Darjah Kebesaran Angkatan Tentera di senaraikan khusus bagi ATM yang terdiri daripada Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).
 
PGAT 3
 
Hadir sama dalam istiadat ini adalah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri PTD di atas pengurniaan pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) sebagai pengiktirafan kepada tampuk kepimpinan TDM.