WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Grobok3
SUBANG, 17 November 2021 – Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2021, yang ternyata berupaya dapat meringankan beban golongan Veteran ATM yang terkesan, diteruskan lagi.
 
Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM merupakan kesinambungan daripada Program “MINDEF PRIHATIN”, program inisiatif Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang bertujuan membantu meringankan beban warga KEMENTAH dan ATM termasuklah para Veteran ATM serta keluarga mereka, yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
 
Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan telah berlangsung di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, pada hari ini.
 
Grobok4
 
Majlis yang turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, menyaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz yang menerima sejumlah 15,000 kotak bekalan makanan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Bantu-Bantu Malaysia yang disampaikan oleh pengasas The Mines Resort and Country Heights Holdings, Tan Sri Lee Kim Yew. Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mewakili Panglima Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi.
 
Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada sumbangan Fasa Pertama yang telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2021 yang lalu, dijangka akan memberi manfaat kepada 15,000 Veteran dan balu yang terkesan pendapatan kesan pandemik COVID-19.
 
Grobok1Sejumlah 5,000 kotak makanan ini akan dihantar ke Sabah dan Sarawak dengan menggunakan pesawat Airbus A400 milik TUDM, manakala selebihnya telah diagihkan kepada JHEV Cawangan Negeri di Semenanjung Malaysia.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) amat berbesar hati dengan bantuan daripada pelbagai agensi, pertubuhan NGO dan lain-lain agensi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh pengurusan The Mines Resort and Country Heights Holdings melalui Pertubuhan Bantu-Bantu Malaysia.
 
Sesungguhnya, usaha murni sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada hubungan TDM dan rakyat. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh JHEV ATM akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM dan balu.