WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKATTD3
KUALA LUMPUR, 16 November 2021 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, terus memainkan peranan utamanya dalam usaha memastikan kebajikan keluarga warga Tentera Darat Malaysia (TDM), agar sentiasa terpelihara.
 
Sehubungan itu, sempena Lawatan Ulung Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha, ke BAKAT Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD), satu majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), hari ini.
 
Terdahulu, Lawatan Ulung Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat ini bertujuan untuk beramah mesra di samping mengeratkan hubungan bersama ahli-ahli BAKAT PLTD. Di kesempatan yang sama, lawatan ini juga membolehkan Puan Sri untuk mengenalpasti potensi dan kelebihan yang ada dalam kalangan ahli BAKAT PLTD, disamping menawarkan kepada setiap ahli BAKAT PLTD peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran kendiri melalui kursus-kursus yang ditawarkan oleh BAKAT samada di peringkat BAKAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun BAKAT Darat.
 
Dalam lawatan ini juga, Puan Sri telah merasmikan taman permainan yang dinamakan sebagai Taman Bourgeinvillea di Wisma Transit yang mana nama yang diberikan sempena pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bourgeinvillea. Seterusnya, lawatan Puan Sri turut menyaksikan sumbangan bantuan kit makanan yang diberikan kepada 20 buah keluarga dari kalangan ahli BAKAT PLTD yang berada di dalam kategori B40. Puan Sri juga turut berkesempatan melaksanakan Lawatan Kebajikan bertujuan menyantuni ahli BAKAT PLTD dan anak-anak mereka yang menghidapi penyakit kronik.
 
BAKATTD4
 
 
Setiap ahli BAKAT PLTD yang disantuni ini turut menerima sumbangan daripada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat. Adalah diharapkan agar sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.
 
Puan Sri dalam di dalam ucapannya turut berpesan kepada semua ahli BAKAT PLTD agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga, baik dari segi mental mahupun fizikal. Ini kerana ahli BAKAT adalah tulang belakang keluarga yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan suami mereka yang bertugas sebagai Petugas Barisan Hadapan, dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
 
BAKATTD2
 
Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT Darat ini akan terus dilaksanakan di masa hadapan bagi menyantuni ahli BAKAT Darat yang memerlukan perhatian khusus dan ini secara langsung akan dapat memastikan kebajikan setiap warga TDM dan keluarga mereka sentiasa terpelihara.
 
Ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga", yang memberikan penekanan dan penumpuan kepada aspek kebajikan warga TDM.