WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
FDPA3
KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2021 – Five Power Defence Arrangements (FPDA), meraikan Sambutan Ke-50 Tahun penubuhannya dengan Malaysia diberikan penghormatan sebagai tuan rumah.
 
Sebagai sebahagian dari aturcara Sambutan Ke-50 Tahun ini, turut dilangsungkan 11th FPDA Defence Ministers Meeting, bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, turut bersama-sama kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia menghadiri majlis tersebut, pada hari ini.
 
FDPA1Malaysia, selaku tuan rumah tetap membuktikan komitmen dan mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin di kalangan kelima-lima negara anggota FPDA, yang turut disertai Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom, walaupun ketika seluruh dunia masih berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.
 
Sebagai rekod, FPDA telah ditandatangani pada 1971 oleh Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom, bertujuan memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata di kedua-dua negara. Perjanjian FPDA ini tidak mengikat negara anggota untuk campur tangan secara ketenteraan, sebaliknya menetapkan bahawa negara anggota harus segera berunding antara satu sama lain untuk memutuskan tindakan selanjutnya.
 
Sementara itu, 11th FPDA Defence Ministers Meeting yang diketuai oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, dilaksanakan secara Sidang Video yang turut disertai oleh Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen; Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton; Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare; dan Menteri Pertahanan United Kingdom, James Heappey.
 
Mesyuarat ini membincangkan perkara berkaitan isu keselamatan siber di dalam latihan bersama di kalangan negara anggota. Mesyuarat ini juga menyaksikan kesemua Menteri Pertahanan FPDA mencapai kesepakatan supaya FPDA menumpukan perhatian kepada siri peperangan kelas atasan dengan pengenalan aset generasi kelima, meningkatkan misi antikeganasan dan keselamatan maritim daripada domain bukan tradisional. Justeru, mesyuarat ini turut mencapai persetujuan negara anggota untuk berpegang kepada prinsip 3R (remit, relevan, reassurance) dalam meneruskan strategik, proses, struktur organisasi dan aktiviti FPDA.
 
Kesemua Menteri Pertahanan yang hadir untuk bersepakat memuji kejayaan latihan bersama di kalangan negara anggota termasuk Eksesais BERSAMA SHIELD, Eksesais SUMAN WARRIOR dan Eksesais BERSAMA GOLD 2021.
 
FDPA2
 
Kemuncak sambutan kali ini, menyaksikan formasi terbang lintas (fly-past) di Pangkalan Udara Subang, melibatkan 16 buah pesawat pejuang yang terdiri dari 5 buah pesawat Su-30MKM dan 4 buah pesawat Hawk dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); 2 buah pesawat F-15SG dan 2 buah pesawat F-16 C/D dari Republic Singapore Air Force (RSAF) serta 3 buah pesawat F/A-18F dari Royal Australian Air Force (RAAF).
 
Sesungguhnya, TDM akan sentiasa memastikan pengukuhan hubungan kerjasama bilateral dan multilateral ini. Hubungan kerjasama pertahanan seperti ini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pengukuhan Hubungan Pertahanan”, yang memberikan penekanan dan penumpuan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau mahupun antarabangsa.