
Seramai 2 pegawai dan 63 anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja (23 RAMD) , telah diaturgerakkan dari Ipoh, Perak sejak 5 Ogos 21 yang lalu, bagi melaksanakan penugasan ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR), ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) dan ‘Body Management Team’ (BMT).
Tujuan kunjungan Tan Sri PTD adalah bagi memastikan kebajikan anggota yang bertugas berada dalam keadaan terbaik terutamanya dari segi kemudahan asas yang disediakan.
Sesungguhnya, kunjungan pimpinan tertinggi Tentera Darat sebegini amat dihargai dan disanjungi segenap lapisan peringkat anggota.
Kunjungan ini menepati Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang memberikan fokus kepada aspek kebajikan anggota yang bertugas.