
7 RAMD dan 5 Komp KPD telah mengatur gerak tenaga kerja dan aset seperti kenderaan Trak 3 Tan dalam memindahkan mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) serta membantu agensi awam dalam mengagihkan keperluan runcit kepada mangsa dilanda banjir.
Perkara ini selaras dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam di mana Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 5 Div dapat memanfaatkan Kerjasama dengan agensi awam dan masyarakat yang hasilnya mampu mengukuhkan kredibiliti TDM dalam melaksanakan Military Operations other than War (MOOTW) ini.