
Pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertempat di Wisma Pertahanan.
Brigedier Jeneral Sharizan bin Wan Chik telah mengambil alih tugas sebagai Juruiring daripada Brigedier Jeneral Dato' Zahari bin Mohd Ariffin berkuat kuasa 24 Februari 2021.
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat Juruiring KDYMM SPB YDP Agong ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah penglibatan minima Pegawai-Pegawai Kanan Markas Tentera Darat.