WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :

KELOMPOK TEMPUR - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

Rejimen Askar Melayu DirajaRejimen Renjer DirajaRejimen SempadanKor Armor Diraja

KELOMPOK BANTUAN TEMPUR - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantuvKelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

Rejimen Semboyan DirajaRejimen Askar Jurutera DirajaRejimen Artileri DirajaKor Polis Tentera DirajaKor Risik Diraja

KELOMPOK BANTUAN PERKHIDMATAN - Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.  Ia mengandungi Kor dan Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Kor Jurutera Letrik dan Jentera DirajaKor Perkhidmatan AmKor Perkhidmatan DirajaKor Ordnan DirajaKor Kesihatan DirajaKor Agama Angkatan Tentera

ASKAR WATANIAH - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

Rejimen Askar Wataniah