WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)

pgat

Kelayakan

  • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
  • Panglima Angkatan Tentera.
  • Panglima-Panglima Perkhidmatan.
  • Pengurniaan Kehormat kepada panglima-panglima negara asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah

  • Selepang Anugerah.
  • Bintang Darjah.
  • Lencana Darjah.
  • Bar Reben berserta empat bintang bucu lima.

Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)

psat

Kelayakan

  • Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas.
  • Pegawai Tentera negara asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah

  • Lencana Darjah.
  • Bintang Darjah (sama dengan PGAT, tetapi kecil sedikit).
  • Bar reben berserta tiga semat bintang bucu lima.
  • Sebuah Roset.

Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)

pat

Kelayakan

  • Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigedier Jeneral Setaraf.
  • Pegawai Tentera Negara Asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah

  • Lencana Darjah.
  • Dua semat bintang bucu lima.
  • Sebuah Roset.

 Kesatria Angkatan Tentera (KAT)

kat

Kelayakan

  • Pegawai-pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf kebawah.
  • Pegawai-pegawai Tentera Asing berpangkat setaraf.

Kompisisi Anugerah

  • Lencana Darjah (sama seperti PAT tetapi kecil sedikit).
  • Sebuah Roset.

Bintara Angkatan Tentera (BAT)

bat

Kelayakan

  • Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam ATM.
  • Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Asing boleh dianugerahkan Darjah BAT Kehormat.

Kompisisi Anugerah

  • Lencana.
  • Sebuah Roset.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

sp

Penganugerahan Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Ianya dizahirkan pada 29 Julai 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang pengurniaan ini mengandungi Lencana berbentuk bulan sabit dan bintang pecah 14 serta bulan sabit.


Panglima Gagah Berani (PGB)

pgb

Darjah Panglima Gagah Berani ini dizahirkan pada 29 Julai 1960. Pengurniaan ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang pengurniaan ini berbentuk lencana bintang pecah lima.


Jasa Perkasa Persekutuan (JPP)

jpp

Anugerah Jasa Perkasa Persekutuan ini diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan gagah berani luar biasa dan juga kepada anggota pasukan keselamatan kerana kegagahan dan keberanian diluar medan perang. Anugerah ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang anugerah ini berbentuk lencana bintang pecah lima.


Pingat Tentera Udara (PTU)

ptu

Pingat Tentera Udara ini telah dizahirkan pada 17 Julai 1968. Ianya dikurniakan terhadap kepewiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa dalam menjalankan kewajipan yang ditunjukkan oleh Angkatan Tentera semasa menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi atau tidak orang yang layak menerima perhormatan ini ditentukan oleh Menteri Pertahanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang kehormatan ini ialah sebuah pingat berbentuk bujur telur.


Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)

kpk

Terdapat di dalam Angkatan Tentera atau Polis Diraja Malaysia orang-orang yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah dan berani akan tetapi perlakuan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereke dikurniakan Pingat. Oleh yang demikian pada 20 Julai 1969, satu lambang telah dizahirkan untuk mengiktiraf kelakuan keberanian ini dengan memberi lambang berbentuk Daun Palas yang diperbuat daripada gangsa.


PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

Pingat Kebaktian (PK)

pk

Pingat ini diberikan kepada penerima sebagai menghargai perkhidmatan yang lama dan berkekalan baik dalam perkhidmatan sukarela atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang anugerah ini berbentuk sebuah pingat bulat.


Pingat Khidmat Bakti (PKB)

pkp

Pingat Khidmat Bakti dizahirkan pada 29 Julai 1960 untuk perkhidmatan dalam pasukan keselamatan dan pasukan-pasukan berpakaian seragam. Lambang anugerah ini berbentuk pingat bulat yang diperbuat daripada perak, berterap gambar Persekutuan.


Pingat Perkhidmatan Am (PPA)

ppa

Pingat ini dikurniakan kepada penerimaan sebagai menghargai perkhidmatan yang cemerlang di dalam pasukan keselamatan atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang pengurniaan ini berbentuk pingat bulat diperbuat daripada perak.


Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)

pps

Pingat Perkhidmatan Setia ini diberi kepada penerima sebagai penghargaan yang baik di dalam pasukan keselamatan atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang pingat ini berbentuk bulat diperbuat daripada gangsa.