WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia berhasrat menjadi sebuah Angkatan Tentera Darat yang kredibel dan inklusif melalui iltizam berikut:

PERKHIDMATAN SECARA UMUM

  1. Pertahanan Negara. melindungi dan mempertahankan kedaulatan dan keselamtan daratan negara.
  2. Kesiapsiagaan. Memperkasakan kesiapsiagaan tempur pada sebilang masa bagi menangani sebarang bentuk ancaman.
  3. Latihan dan Sumber Manusia. Memastikan sistem latihan yang komprehensif untuk membangunkan modal insan yang profesional dan kompeten untuk melaksanakan tugas dalam semua situasi.
  4. Akal Budi Ketenteraan. Mempertingkatkan semangat kesatuan 1 Jiwa Tentera Darat melalui pembangunan sahsiah diri bagi mengukuhkan kematangan akal budi ketenteraan (military mind).
  5. Pengurusan Aset/Peralatan Ketenteraan. Menjamin sistem pengurusan aset yang berkesan, cekap dan berhemah bagi menyokong perlaksanaan tugas.
  6. Pembangunan Negara.  Mendukung dasar-dasar kerajaan sesuai dengan aspirasi nasional untuk membangunkan negara.
  7. MOOTW/CIMIC. Memperkukuhkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan agensi Kerajaan dan masyarakat demi kepentingan negara.
  8. Penugasan Istiadat. Membantu negara dalam penugasan istiadat.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

  1. Perkhidmatan Talian Pengguna Dan Maklumbalas Pelanggan (SISPAA ATM).  Memberikan maklumbalas dalam tempoh 14 Hari Waktu Bekerja bagi sebarang pertanyaan, aduan dan maklumbalas pelanggan yang diterima oleh pengguna. Walau bagaimanapun sekiranya memerlukan maklumbalas yang lebih lanjut maka tempoh 30 Hari Waktu Bekerja diperlukan dan akan dimaklumkan kepada pengguna.
  2. Semakan Keputusan Pemilihan perajurit Muda.  Memberi kemudahan secara atas talian kepada pemohon dalam proses menyemak keputusan pemilihan Perajurit Muda.
  3. Piagam Pelanggan.  Menyiarkan pencapaian piagam pelanggan melalui portal Tentera Darat bagi tempoh setiap tiga bulan (Jan, April, Julai dan Oktober).