WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KPN2
KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, turut menyertai Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara, YDH IG Dato’ Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Majlis telah diadakan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
 
KPN1Ketibaan Ketua Polis Negara telah disambut dengan Istiadat Ketenteraan, dimulai dengan menerima Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU), Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), berkekuatan seramai 3 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Mejar Mohd Syahril bin Jopri.
 
Ketua Polis Negara kemudiannya diperkenalkan kepada kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seterusnya melangkah masuk ke Pejabat Tan Sri PAT untuk sesi Kunjungan Hormat bagi membincangkan isu semasa selain mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi keselamatan negara.
 
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-Pegawai Tertinggi ATM.
 
KPN4