WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
26RAMD1
 
TAWAU, 5 Oktober 2021 – Langkah memperkasakan daratan Negeri Sabah dipertingkatkan dengan pengoperasian Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD), pada hari ini.
 
Perbarisan Pengoperasian 26 RAMD, telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertempat di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.
 
Perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 26 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Zahirin bin Zainol Abidin, melibatkan 13 pegawai dan 150 anggota Lain-Lain Pangkat, memperlihatkan keupayaan serta kompetensi anggota batalion tersebut sebagai sebuah pasukan tempur briged yang berupaya untuk mempertahankan kedaulatan Negeri Sabah.
 
Pengoperasian batalion ini juga membuktikan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah komited di dalam menggalas tugas utama bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara agar sentiasa terpelihara.
 
26RAMD3Tan Sri PTD dalam ucapan beliau, menyatakan penubuhan semula batalion ini merupakan sebahagian daripada proses aturgerak dan pertambahan batalion tentera di Pantai Timur Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa pengoperasian batalion ini akan terus diperkasakan dengan penambahan keanggotaan serta peningkatan aset-aset tempur sebagai sebuah pasukan infantri yang lengkap.
 
Dalam perbarisan ini, Tan Sri PTD turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Op DAULAT. Buku ini merupakan dokumen penting buat TDM yang mencatatkan segala insiden yang berlaku ketika pencerobohan di Lahad Datu.
 
Perbarisan ini diadakan dengan mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan, dengan hanya melibatkan kehadiran minimum penonton dan tetamu.
 
26RAMD2
 
Pengoperasian batalion ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’ bagi memastikan TDM sentiasa siapsiaga demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan. TDM akan terus komited untuk mendokong misi dan wawasan Negara bagi menentukan keamanan dan kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.