WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Imbanga2
TAWAU, 4 Oktober 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah melaksanakan lawatan kerja dan tinjauan ke projek pembinaan pos imbangan baharu di Sabah.
 
Melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan akan terus memperkasa dan memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia Timur dengan membina pos-pos imbangan baharu bagi menjamin kedaulatan negara.
 
Pertambahan pembinaan pos-pos tersebut adalah bertujuan mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengimbangi penempatan pos-pos Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Darat (TNI AD) di sepanjang garisan sempadan.
 
Imbangan3Tan Sri PTD telah berkesempatan meninjau projek pembinaan pos imbangan di Tawau dan Pensiangan. Kemajuan projek pembinaan bagi Pos Imbangan Tibow dan Pos Imbangan Luis yang telah bermula sejak 12 Julai 2021 kini berada pada tahap 16.5%. Pos berkenaan dijangka siap pada 19 Mac 2022.
 
Projek pembinaan pos imbangan berkenaan dikendalikan oleh Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja ( 5 Skn RAJD). Projek pembinaan pos imbangan ini selaras dengan Tonggak Pertama Panglima Tentera Darat iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan untuk meningkatkan keupayaan Tentera Darat Malaysia yang mampu dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
 
Turut mengiringi lawatan ke tapak projek pembinaan pos imbangan tersebut adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Halim bin Khalid, Ketua Jurutera, Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Ir Haji Chapiti bin Haji Redzwan dan Ketua Pengarah OPLAT, Brigedier Jeneral Baharuddin bin Ahmad.
 
Imbangan1