WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
TYTSabah1
KOTA KINABALU, 2 Oktober 2021 – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sabah kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah.
 
Istiadat Pengurniaan diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-68, Yang Dipertua Negeri Sabah.
 
Tan Sri PTD dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
 
Majlis pengurniaan tersebut telah diadakan di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
 
TYTSabah2
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan tahniah kepada Tan Sri PTD di atas pengurniaan Darjah Kebesaran S.P.D.K tersebut.
 
Sesungguhnya, penganugerahan Darjah Kebesaran ini menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Sabah ke atas kepimpinan TDM. Penganugerahan ini juga sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke – 28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.