22 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

ATMCovid2

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2020 - Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa siap sedia, komited bekerjasama dan sentiasa mengekalkan kesiagaannya membantu pelbagai agensi kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan serta pihak berkuasa tempatan bagi menangani serta memutuskan penularan rantaian pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang Ketiga.

TDM turut mengatur gerak anggota dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan Zon Merah melalui Op PENAWAR.

Melalui pelaksanaan OP PENAWAR, kira-kira 1,140 anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk TDM telah diaturgerak membantu pihak berkuasa menguatkuasakan PKPP, PKPDB dan PKPB bagi penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR), rondaan Mobile Patrol Vehicle (MPV) serta meningkatkan aspek kawalan seperti pemasangan concertina wire di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi sepertimana yang dilaksanakan di Kunak dan Semporna, Sabah.

Ini juga termasuk pelaksanaan Task Force Operasi Pematuhan dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP sepertimana yang telah ditetapkan. Aturgerak bagi anggota ini akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa terutama di kawasan-kawasan PKPD dan PKPDB di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu serta PKPB Mukim Klang.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain menyatakan sehingga 9 Oktober 2020, TDM telah menambah 40 anggota untuk diaturgerakkan di kawasan Zon Merah di Mukim Klang.