22 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

ATMPDRM1

PERBARISAN PELANCARAN OPERASI CEGAH PATI ANTARA ATM DAN PDRM DENGAN KERJASAMA MARKAS ESSC

Kem Cenderawasih, LAHAD DATU, 7 Okt 20 – Perbarisan Pelancaran Op Cegah Pati (OCP) yang telah diadakan di Kem Cenderawasih pada hari ini adalah inisiatif daripada Panglima 13 Briged Infantri, Brig Jen Abdul Razak Hussain bagi menunjukkan kerjasama yang erat di antara ATM, PDRM dan juga Markas ESSCOM dalam membenteras PATI yang makin berleluasa di negeri Sabah khususnya dalam KTJ Pantai Timur Sabah.

ATMPDRM2Acara dimulakan dengan kunjungan hormat daripada Komander Eastern Command (KEC) Markas ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman, Komander Briged Sabah, SAC Mohd Abduh Ismail dan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat, Markas ESSCOM, SAC Chandrasehkaran a/l Muthu ke Pejabat Panglima 13 Briged Infantri. Selepas kunjungan hormat, KEC ESSCOM telah berpeluang mengadakan Video Conference (VC) kepada Panglima Angkatan Bersama (PAB) yang diadakan di Bilik Gerakan Markas 13 Briged Infantri.

Antara perbincangan di antara PAB dengan KEC ESSCOM serta deligasi yang turut hadir dalam VC tersebut adalah kerjasama antara ATM dan PDRM, koordinasi pemasangan kawad berduri di sekitar daerah Samporna, Koordinasi SJR di sekitar Pantai Timur Sabah dan meningkatkan kerjasama di antara agensi-agensi keselamatan dalam menangani segala bentuk dan jenis ancaman di sekitar KTJ Pantai Timur Sabah.

Acara kemuncak bagi pelancaran OCP adalah perbarisan kedua-dua belah pihak iaitu wakil daripada anggota ATM dan PDRM menyaksikan Panglima 13 Briged Infantri dan Komander Briged Sabah menandatangani Sijil Pelancaran OCP sebagai gimik kedua-dua belah pihak bersetuju menjalinkan kerjasama yang erat dan bersepadu dalam operasi ini. Acara ini telah disaksikan oleh KEC Markas ESSCOM. Operasi ini telah berkuatkuasa pada hari ini dengan rasminya.

 

ATMPDRM3

 Berita oleh : Markas 13 Briged Infantri